BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

xD..,

Follow....wajib...dah nengok....tak kan x nak follow...wajib follow....x follow bukan kawan.....bukan kawan....shuhh2...maen jauh2..

Kisah Bukit Putus...[pnjng nie crita]



Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. 

Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya... 

“Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,

”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. 

Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… 

Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. 

Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… 

Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! 

Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… 

Tiba-tiba… 

dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .

Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. 

Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. 

Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…


Dia pun beranikan diri dan bertanya…


”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??

”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”

” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu

”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”..tanya lelaki tu lagi.


”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”

” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”

” Ehh takkan sampai seram… ”


“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”...perempuan itu berkata..


Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..

Burung Yg Malang


Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama.

Masalahnya adalah: Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu penipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata .


Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.
“Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!”
“Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!”
“Hey… semua daun terupnya,daun A !! “
Ahli silap mata amat bengang tapi tidak dapat berbuat apa-apa.



Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.


Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.


Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata.........


 “OK… saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??”

Menantu Bill Gates



Bapa: Ayah mahu kahwinkan awak dengan gadis pilihan ayah
Anak: Tapi ayah saya sudah ada pilihan saya sendiri
Bapa: Tapi gadis ni anak Bill Gates
Anak: oo kalau camtu oklah!



Kemudian bapanya berjumpa Bill gates


Bapa: Saya ada calon suami untuk anak gadis anda
Bill Gates: Tapi anak gadis saya terlalu muda untuk berkahwin
Bapa: Tapi anak muda ni bakal Vice president Bank Dunia
Bill Gates: oo kalau camtu oklah!



Akhirnya Bapa pemuda tersebut berjumpa dengan Presiden Bank Dunia

Bapa: Saya ada calon untuk Vice President Bank Dunia
Presiden Bank Dunia: Tapi saya sudah ada calon untuk Vice President
Bapa: Tapi calon saya ni adalah menantu Bill Gates
Presiden Bank Dunia: oo kalau camtu oklah!

Hoho, This is how business is done!

Mentol Lampu

Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.

Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.

Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.

Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.

“Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?” jawab pesakit dengan nada marah.


“Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?” tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.


“Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..Dia ingat dia tu mentol lampu!” jawab pesakit tadi.


“Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?” soal doktor lagi.


“Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?”

"nak Citer Pun Malas"

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”


Maka raja pun terdiam seketika. 


Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

Duit Hilang....

Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.


Guru : “Kenapa menangis?”
Pelajar: “Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu” (jawabnya sambil menangis)
Guru : “Sudahlah jangan menangis ye…nih Cikgu beri sepuluh ringgit.”

Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.

Guru : “Aik… menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit.”
Pelajar: “Iya Cikgu…tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit.”
Guru : :P

Siapa Bodoh Nie???

Suatu hari dua orang kaya sedang duduk-duduk di cafe, sambil berborak kosong tentang orang gaji masing-masing

Org kaya I: “Kau nak tau tak orang gaji aku tu bodoh nak mampus. Kalau tak caye lihat ni…”
Terus dia panggil si Adi orang gajinya.

“Adi, ini RM10 , pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari.” Adi pun menjawab dengan sopan, “Yes Sir !! Right Away !!”

Terus dia bergegas kekedai yang ade jual kereta. Orang kaya I itu terus mengatakan pada kawannye tu, “tengok kan betul tu?. dia bodoh nak mampus”


Org Kaya II: “Haha, itu tak de ape-ape lagi… saya punya orang gaji lagi bengap”.

Terus si org kaya II memanggil Ali, “Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak”

Ali: “Yes Sir !! Right Away !!” ali pun bergegas ke rumah tuannya.

Orang kaya II memandang temannye sambil ketawa Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu ditengah jalan.

Adi: “Ehh you know, my boss is soooo stupid lah. Dia bagi aku $10 dollar dan suruh pergi beli ferrari, manalah boleh kan ari ni ari minggu tentulah kedai tutup.. “

Ali: “My boss pun stupid dum dum gak. Ada ke dia buleh suh aku balik umah tengok dia ada kat umah ke tidak..”